Awal hidup Buzz_Aldrin

Edwin Eugene Aldrin Jr. dilahirkan pada 20 Januari 1930 di Mountainside Hospital, Glen Ridge, New Jersey.[2][3]

Beliau merupakan anak bongsu daripada tiga adik-beradik; gelaran "Buzz" yang diberikan kepadanya daripada kakak keduanya, Fay Ann, yang pelat memanggilnya "buzzer" (brother - "adik")[4][5] - beliau menjadikan nama itu sebagai nama rasminya dalam surat sumpah pada tahun 1988.[6]

Ayahnya mahukannya belajar di Akademi Tentera Laut Amerika Syarikat di Annapolis, Maryland, malah turut mendaftarkannya di sebuah sekolah persediaan bernama Severn School.[7] Buzz memasuki sekolah tersebut pada tahun 1946,[8] namun beliau mula mengalami mabuk laut sehingga mula bertukar minat. Beliau memujuk ayahnya agar beliau dipindahkan ke Akademi Tentera Amerika Syarikat di West Point, New York,[7] beliau berjaya juga ke West Point pada tahun berikutnya.[9]